Pengenalan
Negara Malaysia merupakan
sebuah negara yang bertuah kerana memiliki penduduk yang berbilang kaum yang
tinggal secara bersama di dalam sebuah negara yang aman . Setiap kaum dan etnik
pula mengamalkan budaya yang berbeza serta mempunyai pelbagai ciri kesantunan
berbahasa yang berlainan mengikut amalan
masing-masing. Menurut Kamus Dewan Dewan edisi keempat halaman 1390, kesantunan
bermaksud perihal santun , kesopanan , kehalusan (budi bahasa atau budi
pekerti) , dan baik dalam bahasa lisan dan tulisan. Perkataan berbahasa pada
halaman 107 pula bermaksud mempunyai budi bahasa yang baik . Masyarakat Melayu
merupakan etnik kaum yang terbesar dalam negara Malaysia dan sememangnya
mempunyai pelbagai adat resam , budaya dan kesantunan dek kerana merupakan
penduduk pribumi negara Malaysia yang asal .
Definisi Kesantunan Berbahasa
Secara umumnya kesantunan berbahasa
didefinisikan sebagai kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika
berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan . Menurut Awang Sarian(2007)
,kesantunan ialah sebagai penggunaan bahasa yang baik,sopan,beradab,memancarkan
peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara
. Asmah Haji Omar(2000) pula mendefinisikan kesantunan mengikut perspektif
Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran , kemarahan
dan rasa tersinggung daripada pendengar . Sebagai anafologi , ianya dapat
dilihat melalui masyarakat Melayu yang sememangnya terkenal dengan budi bicara
dan adat kesopanan yang diwarisi turun-temurun . Contohnya , masyarakat Melayu
mempunyai panggilan hormat untuk golongan yang lebih tua atau muda .Contohnya ,
panggilan emak atau ayah untuk ibu bapa , panggilan paklong atau maklong kepada
ayah dan ibu saudara . Kesantunan dalam panggilan ini bertujuan untuk memupuk
rasa hormat dan mengelakkan rasa tersinggung dikalangan golongan yang lebih tua
atau yang lebih muda . Kesantunan ini merupakan strategi pembinaan budaya yang
bermatlamat agar masyarakat melayu bersopan santun , menghormati antara satu
sama lain melalui proses didikan yang panjang dan berterusan . Pada masa yang
sama , agama Islam dijadikan tunjang pembinaan kesantunan masyarakat melayu .
Konsep
Kesantunan Berbahasa
Kesantunan berbahasa
masyarakat melayu merangkumi aspek yang sangat luas . Ianya merangkumi aspek
komunikasi , panggilan , sapaan , penggunaan kata ganti nama yang khusus untuk
sesuatu pangkat atau umur dan juga merangkumi aspek budaya seperti adat
berpantun , menyairkan sajak , seloka dan lain
Konsep kesantunan berbahasa juga melibatkan pemilihan kata , nada ,
gerak laku , serta gaya dan ragam . Namun penggunaan gaya dan ragam mestilah
tidak berniat untuk mengejek , menyindir atau menempelak seseorang , sebaliknya
bertujuan untuk mengukuhkan hujah dan menambahkan keyakinan pendengar . Konsep
kesantunan Berbahasa ini lazimnya dapat dilihat dalam masyarakat melayu yang
gemar berpidato . Pidato memerlukan
penggunaan laras bahasa yang betul dan sopan serta memerlukan gaya tertentu
untuk menarik perhatian pendengar . Konsep kesantunan berbahasa dapat dibahagikan
kepada dua iaitu bentuk dan jenis kesantunan berbahasa .
Bentuk Kesantunan Berbahasa
Masyarakat Melayu
Kesantunan
berbahasa masyarakat melayu dapat dilihat dalam komunikasi bertulis. Komunikasi bertulis merupakan cara penyampaian
maklumat oleh penyampai kepada penerima secara bertulis dengan menggunakan laras dan ragam bahasa
yang betul dalam penulisan . Kesantunan berbahasa masyarakat melayu di dalam
komunikasi bertulis dapat dilihat melalui penulisan surat yang terbahagi kepada
dua iaitu formal dan tidak formal. Penulisan
secara formal dapat dilihat dalam penulisan surat rasmi , memo , minit mesyuarat
, laporan , kertas cadangan , kertas kerja dan lain. Manakala , penulisan
secara tidak formal pula dapat dilihat melalui penulisan surat kepada sahabat ,
ibubapa dan golongan yang tidak mempunyai panggilan ikhtisas .
Antara
aspek kesantunan yang ditekankan dalam komunikasi bertulis ialah :
Ø Penggunaan
kata panggilan yang betul
Ø Kata
sapaan yang betul
Ø Gaya
bahasa yang tepat
No comments:
Post a Comment