Wednesday, 24 September 2014

Jenis Kesantunan Masyarakat Melayu
Terdapat pelbagai jenis kesantunan berbahasa yang dapat dilihat dalam masyarakat melayu .Dalam kehidupan sosial masyrakat melayu , kesantunan berbahasa melibatkan hubungan diantara 3 penjuru iaitu hubungan dengan manusia , hubungan manusia dengan pencipta (tuhan) dan hubungan manusia dengan alam . Orang melayu yang berpegang dengan ajaran Islam akan mempraktikkan kesantunan dalam menjaga hubungan dan menjaga tindakan berbahasa sebagai satu nilai suci untuk memperoleh ganjaran di akhirat kelak. Kesantunan pula dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
Ø  Kesantunan Verbal
Ø  Kesantunan Non-Verbal

Kesantunan Verbal
Kesantunan Verbal bermaksud semua aspek komunikasi secara lisan atau bukan bertulis . Kesantunan lisan merujuk penyampaian maklumat melalui percakapan , lisan dan pertuturan yang perlu dijaga terutamanya ketika bergurau , berkomunikasi dan lain-lain . Contohnya , kesantunan verbal dapat dijalankan melalui media massa seperti radio , televisyen , internet ,pengucapan awam dan ceramah serta ucapan secara spontan . Kesantunan ini menuntut penuturnya supaya menggunakan bahasa yang sopan santun , indah dan mudah difahami ketika ingin menyampaikan sebarang maklumat.
Masyarakat Melayu menunjukkan kesantunan verbal apabila berkomunikasi sesama manusia dalam kehidupan seharian . Contohnya , dalam adat meminang, masyarakat melayu lazimnya akan berpantun untuk menyatakan hasrat dan tujuan kedatangan rombongan meminang . Ianya dilakukan secara spontan dan diamalkan secara turun-temurn sehingga kini dek kerana laras bahasa dan intonasinya yang sesuai dan nada pengucapannya yang lemah lembut .

Kesantunan Non Verbal
Kesantunan Non Verbal bermaksud bahasa komunikasi bukan lisan yang merujuk kepada perbuatan , ekspresi wajah , bahasa tubuh dan isyarat anggota badan . Konsep kesantunan ini digunakan tanpa lisan tetapi mesejnya dapat difahami oleh individu . Antara medium penyampaiannya yang lain ialah melalui media cetak seperti surat khabar , majalah , jurnal dan buku . Ianya juga digunakan bagi menambah keyakinan komunikatif lisan terhadap pendengar . Oleh itu , bahasa tubuh dan ekspresi wajah memainkan peranannya yang penting agar konsep kesantunan berbahasa ini tercapai melalui gerakan yang sopan dan pandangan mata antara individu (eye-contact) dalam menyampaikan sesuatu mesej . Masyarakat melayu menggunakan kesantunan non verbal sebagai sampingan dalam kehidupan seharian . Contohnya :

Contoh perbuatan
Maksud
1)membongkokkan badan sambil tangan dihulurkan ke bawah
-membawa maksud seseorang individu meminta izin untuk melalui di belakang seseorang.
2) menggelengkan kepala
-menunjukkan individu tersebut tidak bersetuju tentang sesuatu perkara
3)gerakan mata ke sana ke mari
-menunjukkan individu tersebut berada dalam keadaan gelisah dan tidak selesa.
4)mata berkelip dengan lebih laju
-individu tersebut sedang melakukan sesuatu pembohongan











 Pengenalan
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah kerana memiliki penduduk yang berbilang kaum yang tinggal secara bersama di dalam sebuah negara yang aman . Setiap kaum dan etnik pula mengamalkan budaya yang berbeza serta mempunyai pelbagai ciri kesantunan berbahasa yang berlainan  mengikut amalan masing-masing. Menurut Kamus Dewan Dewan edisi keempat halaman 1390, kesantunan bermaksud perihal santun , kesopanan , kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti) , dan baik dalam bahasa lisan dan tulisan. Perkataan berbahasa pada halaman 107 pula bermaksud mempunyai budi bahasa yang baik . Masyarakat Melayu merupakan etnik kaum yang terbesar dalam negara Malaysia dan sememangnya mempunyai pelbagai adat resam , budaya dan kesantunan dek kerana merupakan penduduk pribumi negara Malaysia yang asal .

 Definisi Kesantunan Berbahasa
Secara umumnya kesantunan berbahasa didefinisikan sebagai kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan . Menurut Awang Sarian(2007) ,kesantunan ialah sebagai penggunaan bahasa yang baik,sopan,beradab,memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara . Asmah Haji Omar(2000) pula mendefinisikan kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran , kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar . Sebagai anafologi , ianya dapat dilihat melalui masyarakat Melayu yang sememangnya terkenal dengan budi bicara dan adat kesopanan yang diwarisi turun-temurun . Contohnya , masyarakat Melayu mempunyai panggilan hormat untuk golongan yang lebih tua atau muda .Contohnya , panggilan emak atau ayah untuk ibu bapa , panggilan paklong atau maklong kepada ayah dan ibu saudara . Kesantunan dalam panggilan ini bertujuan untuk memupuk rasa hormat dan mengelakkan rasa tersinggung dikalangan golongan yang lebih tua atau yang lebih muda . Kesantunan ini merupakan strategi pembinaan budaya yang bermatlamat agar masyarakat melayu bersopan santun , menghormati antara satu sama lain melalui proses didikan yang panjang dan berterusan . Pada masa yang sama , agama Islam dijadikan tunjang pembinaan kesantunan masyarakat melayu .


Konsep Kesantunan Berbahasa

Kesantunan berbahasa masyarakat melayu merangkumi aspek yang sangat luas . Ianya merangkumi aspek komunikasi , panggilan , sapaan , penggunaan kata ganti nama yang khusus untuk sesuatu pangkat atau umur dan juga merangkumi aspek budaya seperti adat berpantun , menyairkan sajak , seloka dan lain  Konsep kesantunan berbahasa juga melibatkan pemilihan kata , nada , gerak laku , serta gaya dan ragam . Namun penggunaan gaya dan ragam mestilah tidak berniat untuk mengejek , menyindir atau menempelak seseorang , sebaliknya bertujuan untuk mengukuhkan hujah dan menambahkan keyakinan pendengar . Konsep kesantunan Berbahasa ini lazimnya dapat dilihat dalam masyarakat melayu yang gemar berpidato . Pidato  memerlukan penggunaan laras bahasa yang betul dan sopan serta memerlukan gaya tertentu untuk menarik perhatian pendengar . Konsep kesantunan berbahasa dapat dibahagikan kepada dua iaitu bentuk dan jenis kesantunan berbahasa .

Bentuk Kesantunan Berbahasa Masyarakat Melayu
Kesantunan berbahasa masyarakat melayu dapat dilihat dalam komunikasi bertulis. Komunikasi bertulis merupakan cara penyampaian maklumat oleh penyampai kepada penerima secara bertulis  dengan menggunakan laras dan ragam bahasa yang betul dalam penulisan . Kesantunan berbahasa masyarakat melayu di dalam komunikasi bertulis dapat dilihat melalui penulisan surat yang terbahagi kepada dua iaitu formal dan tidak formal. Penulisan secara formal dapat dilihat dalam penulisan surat rasmi , memo , minit mesyuarat , laporan , kertas cadangan , kertas kerja dan lain. Manakala , penulisan secara tidak formal pula dapat dilihat melalui penulisan surat kepada sahabat , ibubapa dan golongan yang tidak mempunyai panggilan ikhtisas .
Antara aspek kesantunan yang ditekankan dalam komunikasi bertulis ialah :
Ø  Penggunaan kata panggilan yang betul
Ø  Kata sapaan yang betul
Ø  Gaya bahasa yang tepat

Sunday, 21 September 2014


Kesantunan Masyarakat Melayu Dalam Aspek Kebudayaan


Masyarakat melayu sememangnya terkenal dengan budaya yang bertatasusila yang tinggi dan sifat lemah lembutnya . Kebanyakkan kebudayaannya diwarisi serta dipengaruhi oleh Kesultanan Melayu Melaka . Hal ini dibuktikan melalui cara pemakaian masyarakat melayu , tarian , kesenian , seni mempertahankan diri dan pelbagai aspek lain . Masyarakat melayu juga terkenal dengan adat resamnya dalam kehidupan seharian . Terdapat pelbagai jenis adat yang diwarisi sehingga kini seperti adat menyambut kelahiran dan adat perkahwinannya . Budaya merisik , meminang , bernikah , malam berinai dan bersanding masih menjadi amalan pengantin baru sehingga kini . Kesenian masyarakat melayu juga merupakan kebudayaan kerana masyarakat melayu mempunyai bakat yang kreatif dalam seni ukir dan binaan rumah . Kebanyakkan bermotifkan corak alam seperti bunga-bungaan serta berteraskan agama Islam . 

Tarian Masyarakat Melayu
masyarakat Melayu sememangnya mempunyai pelbagai tarian yang berasal daripada berlainan negeri.Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakkan badan,kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan.ianya mempunyai tujuan dan maksud tersendiri yang hendak di terjemahkan kepada penonton.Contohnya,Tarian Makyong,Tarian Zapin dan Tarian Gamelan.


Gambar : Contoh Tarian Masyarakat Melayu yang terdapat di Malaysia.

Contoh Kesantunan Non-Verbal daripada aspek tarian


Adat Resam
a)melenggang perut(sewaktu mengandung)
ü  Adat ini juga dikenali sebagai “Kirim Perut” oleh masyarakat melayu di semenanjung Malaysia dan sesetengah tempat menyebutkan sebagai “Mandi Tian”.
ü  Ianya dikendalikan terhadap wanita yang mengandung anak sulung ketika usia kandungan mencecah linkungan 7-8 bulan.
ü  Ianya bertujuan untuk membuang nasib malang yang mungkin menimpa wanita yang bakal melahirkan anak ini serta memperbetulkan kedudukan bayi didalam kandungan.
ü  Ianya merupakan adat turun-temurun masyarakat melayu.

Warisan Seni Bina Melayu
     Masyarakat melayu sememangnya terkenal dengan seni binanya yang halus dan reka bentuk yang unik mengikut adat setiap negeri.Rumah traditional melayu sememangnya mempunyai nilai estetika yang tinggi dan ianya dapat dilihat melalui:
      I.        Halaman rumah
    II.        Dekorasi tangga
   III.        Anjung rumah
  IV.        Jenis bumbung
    V.        Dapur
  VI.        Susun atur pelan rumah
 VII.        Ukiran (dinding,dedaun tingkap & dalaman rumah)



















Thursday, 14 August 2014

Assalamualaikum..Nama diberi Muhammad Syafiq Bin Alias. Saya merupakan pelajar IPG kampus Ipoh . Doakan kejayaan saya agar dapat mencapai cita-cita dunia dan akhirat . Moga saya diberikan peluang untuk berbakti kepada agama Allah S.W.T. yg syumul ini serta dapat merealisasikan harapan ibu bapa saya .