Wednesday, 24 September 2014

Jenis Kesantunan Masyarakat Melayu
Terdapat pelbagai jenis kesantunan berbahasa yang dapat dilihat dalam masyarakat melayu .Dalam kehidupan sosial masyrakat melayu , kesantunan berbahasa melibatkan hubungan diantara 3 penjuru iaitu hubungan dengan manusia , hubungan manusia dengan pencipta (tuhan) dan hubungan manusia dengan alam . Orang melayu yang berpegang dengan ajaran Islam akan mempraktikkan kesantunan dalam menjaga hubungan dan menjaga tindakan berbahasa sebagai satu nilai suci untuk memperoleh ganjaran di akhirat kelak. Kesantunan pula dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
Ø  Kesantunan Verbal
Ø  Kesantunan Non-Verbal

Kesantunan Verbal
Kesantunan Verbal bermaksud semua aspek komunikasi secara lisan atau bukan bertulis . Kesantunan lisan merujuk penyampaian maklumat melalui percakapan , lisan dan pertuturan yang perlu dijaga terutamanya ketika bergurau , berkomunikasi dan lain-lain . Contohnya , kesantunan verbal dapat dijalankan melalui media massa seperti radio , televisyen , internet ,pengucapan awam dan ceramah serta ucapan secara spontan . Kesantunan ini menuntut penuturnya supaya menggunakan bahasa yang sopan santun , indah dan mudah difahami ketika ingin menyampaikan sebarang maklumat.
Masyarakat Melayu menunjukkan kesantunan verbal apabila berkomunikasi sesama manusia dalam kehidupan seharian . Contohnya , dalam adat meminang, masyarakat melayu lazimnya akan berpantun untuk menyatakan hasrat dan tujuan kedatangan rombongan meminang . Ianya dilakukan secara spontan dan diamalkan secara turun-temurn sehingga kini dek kerana laras bahasa dan intonasinya yang sesuai dan nada pengucapannya yang lemah lembut .

Kesantunan Non Verbal
Kesantunan Non Verbal bermaksud bahasa komunikasi bukan lisan yang merujuk kepada perbuatan , ekspresi wajah , bahasa tubuh dan isyarat anggota badan . Konsep kesantunan ini digunakan tanpa lisan tetapi mesejnya dapat difahami oleh individu . Antara medium penyampaiannya yang lain ialah melalui media cetak seperti surat khabar , majalah , jurnal dan buku . Ianya juga digunakan bagi menambah keyakinan komunikatif lisan terhadap pendengar . Oleh itu , bahasa tubuh dan ekspresi wajah memainkan peranannya yang penting agar konsep kesantunan berbahasa ini tercapai melalui gerakan yang sopan dan pandangan mata antara individu (eye-contact) dalam menyampaikan sesuatu mesej . Masyarakat melayu menggunakan kesantunan non verbal sebagai sampingan dalam kehidupan seharian . Contohnya :

Contoh perbuatan
Maksud
1)membongkokkan badan sambil tangan dihulurkan ke bawah
-membawa maksud seseorang individu meminta izin untuk melalui di belakang seseorang.
2) menggelengkan kepala
-menunjukkan individu tersebut tidak bersetuju tentang sesuatu perkara
3)gerakan mata ke sana ke mari
-menunjukkan individu tersebut berada dalam keadaan gelisah dan tidak selesa.
4)mata berkelip dengan lebih laju
-individu tersebut sedang melakukan sesuatu pembohongan











No comments:

Post a Comment